
Ok, saya admit rajin skt mlm ni sebab tetiba teringn nak mkn tapi tak tau nak beli katne, jadi baik masak sendiri kn.. Ini la hasilnya.. ;-) yummy tuk tekak saya.
Baiklah kawan2 ni adalah resepi puding roti yg I gunakan.. kepada Eina, sorry la yer lambat sikit up resepi ni.. busy plus takde mood la nak ber blog lately.. So, dah ada resepi ni, ape lagik, cuba la.. kata dah tak sabar.. :D.
Pstt Eina; Sall follow resepi dari blog Hanieliza..
PUDING ROTI
Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
C:
2 sudu besar kismis hitam
Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.
Kredit : http://hanieliza.fotopages.com
3 comments:
letaklah resepinya... haha
sharelah resepi bak kata ann tuh...
Ok, thanks sall....akan cuba weekend nie.
Post a Comment