Showing posts with label Dating. Show all posts
Showing posts with label Dating. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Dating dan jalan-jalan.


Hari ni pun sangat meletihkan. Tapi puas hati sebab dapat tenguk Fast and Furious 4, wah citer ni memang best sangat, sedih dan thrill sangat. Rasa macam tak puas tenguk je. Lepas ni kami nak tunggu cerita Harry Potter pulak. Dan adalah satu dua cerita yang hubby dah cakap nak tenguk jugak. Well, tenguk la camne nanti kan.



Hari ni sambil tenguk wayang, sambil hantar kereta gi servis, habis je tenguk wayang, kereta pun siap jugak. Sempat shopping cd dan baju kat OU. Dan, apalagi kan, dah dekat OU tuh baik gi IKEA sekali sebab nak belikan Syabil sesuatu... ni dia..

(Dan die sangat seronok bila balik dari rumah mama petang tadi bila dah nampak whiteboard tuk die. :).)

Dan penat sungguh pusing IKEA, dari nak lunch kat tempat yang special terus tak jadi dan hubby decide tuk balik rumah dan order delivery NANDO's ajer... ermm... Nando pun Nando la, janji kenyang. So, both of us, makan Nando sambil tenguk CSI kat rumah. Dating jugak la kan.. hehehehehhee... pastu tidur sampai kul 6. after 6 pm baru keluar ambik Syasya dan Syabil pulak.


Eh, esok dah Jumaat kan.. yeay... kerja satu hari lagi dan cuti balikkkkkk..... wahhh... bestnya......