Cepat betul masa berlalu, rasanya baru je tergiang2 kat telinga tiap-tiap kali nak masuk tahun baru Mummy (my MIL yang paling dekat kan) akan bising dan hantar sms untuk berdoa penutup tahun hijrah 1429 dan untuk tahun baru tapi tahun ni macam tak terasa sangat sebab mummy takde kat sini dan sebuk sangat kami kesana ke mari dengan family dari my side. Memang special la jugak tahun ni sebab my mom and the rest of the family came to my house. Hilang rindu kat diorang, ye la, kami ni bukan selalu leh balik kampung, kena lak hubby kerja tak menentu... dulu time me kerja, die lak cuti, dan biler me cuti, die lak keje... tak ke tension. Because of this, banyak gak la occasion cam wedding sedara mara kami tak leh nak pi. Nak wat camner, terima je la.. Nasib baik la, 2,2 family dah faham dah ngan schedule Encik Zafran ni... kalau tidak susah gak la kan.. tapi kan mana-mana yang me leh gi sendiri memang la me akan pergi. Tak leh nak bergantung ngan die je kan. Thank God I can drive dan able to layan both kiddos dan family member like my mom, my in law, my sister, brother,adik2 ipar sudi luangkan masa for me and help me out. Terima kasih tuk semua for all your supports.
Ok, hujung tahun mesti la bermakna tuk semua orang kan... same goes to me. Banyak benda yg berlaku pada hujung tahun, contohnya birthday Syasya and hubby dearest, pastu our anniversary la... opsss speaking of that, kitorang belum sempat lagi nak berdating or celebrate our anniversary.. Harap-harapnya by this week or latest by next week boleh la keluar makan for dinner or lunch somewhere yang best2 kan. I got voucher to dine kat restaurant my x company.. cume masa jer tak mengizinkan lagi tuk pergi.. Nasib baik expired lambat lagik. Kalau tak rugi jer RM200 voucher tuh. Nak gi restaurant yang mana satu pun tak tau lagi gak ni... samaada nak gi Sunway, Menara KL atau Chakri Palace KLCC. Susah susah sangat nanti kite gi Sunway je la kan, dekat sikit.. then InsyaAllah cukup voucher tuh, but if we choose to go KLCC, memang tak cukup punya... :D.
Kalau sebut pasal tahun baru mesti orang cakap pasal azam dan what do we expect for next year.. ala, takde azam pun takpe la kan... tapi kan, since dah ada blog ni rasa macam nak la jugak berazam dan letak kat sini... hehehehhe, well, tahun akan datang ni harap2 leh jadi wife, mother, daughter, daughter in law yang tip top... cewah.. dan mesti la nak jadi orang yang lebih baik kan... InsyaAllah. Korang punyer azam mesti la lagi gempak tak gituh... Opss, lagi satu berazam nak kurangkan bershopping, leh ke? hahahahaha.. padahal dalam hati kalau leh nak beli designer hb... tapi takut kena marah lak kang... :). Maknanya kena kerja la kan. Well, itu nanti la, kalau ada rezeki ada la kan.
Hari tuh masa on the way ke PD, abang2 dan kakak2 ipar bercadang nak bercuti ke Sabah next year... hajat hati memang la joint sama kan... tapi tenguk la dulu camner. Kena discuss betul2 ngan d'daddy diorang ni. Syabil asyik mintak nak naik kapal terbang je tuh. Harap-harap ada rezeki tuk ke sana.. kena plan betul2 ye idok... tapi kan, memandangkan Abang Safran pun nak balik Semenanjung gak next year, rasa mcm kesian lak kat die nanti. Die pun kan leh cuti selalu kan. Selama hari ni kami jarang sangat bercuti sebab ada anak kecik2 ni macam susah sikit la kan. Memandangkan Syasya pun dah 2 tahun lebih next year, rasanya dah tiba masa tuk plan gi bercuti balik. :).
Wah... panjang lak membebel hari ni kan... ok la tuh. Nanti kite sambung di lain kali..
Anyway, Happy New Year 2009, and Salam Maal Hijrah from me and family.
P/s : Cass, if you don't understand, please consult with Dew ok.. :D.
4 comments:
baguslah ...azam kita sempena maal hijrah ni.. sekurang2nya berjaya pada tahap walaupun sedikit .. tetapi sudah cukup besar pengertiannya.
Aku juga ada azam sendiri .. yang mana tahun ni sekurang2nya aku tak nak kepoh .. kutuk sana sini .. sbb kadang2 hati orang kita tak tahukan .. apapun doakan aku jadi saorang muslim yang lebih sempurna seadanya.. amin.
Men - bagus la tuh.. ala, mana ada orang perfect. Buat yang termampu tapi kena la bersungguh..
Sal tak ambik hati la yang ko kutuk tuh..
InsyaAllah, Amin.
sall, rasernya azam tahun 07 & 08 pun tak tercapai lagi.. kena carry forward le gamaknya.. hehe...
Ina - Hahahaha.. biasa la tuh.Yang penting dah berusaha... :).
Post a Comment