Sunday, May 22, 2011

M.A.L.A.S.

hish, makin malas nak update blog la recently ni.. bukan ape, memangggggg takde mood lansung, masa tak duduk depan pc cam banyak plak idea nak tulis, tapi biler nak duk depan pc terus tak tau nak tulis aper. Ada masa raser macam nak tutup jer blog ni tapi sayang plak, nanti tetiba ada mood nak update, tapi kalau dah tutup nak update katne plak kan.. ;P.

Okla, cukup la untuk hari ni, kain dah menimbun tak berlipat dan baju sekolah anak sebakul tak iron lagik.. see ya.. :)

Sunday, May 8, 2011

Doa Pelembut Hati

Doa Pelembut Hati

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:



Baca surah Al-Fatihah

الفاتحة

Baca Ayat di Bawah:

لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ

Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)

1. Thaahaa.

2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.


Kemudian baca doa pelembut hati di bawah


اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"


Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.



* di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri







Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

Thursday, May 5, 2011

movie & dating... :)

Hello.. lama plak tak update here, been very busy lately, tipu la kata takde masa lansung kan, tapi takde mood yang sebenarnyer.. and assignment yg dijanjikan to my best buddies pun tak siap2 lagik, sorry uolss.. will try to do that too but not tonight la.. that one, will do next time yah.. as for now, citer pasal movie cum dating with my abe mat.. :).

As usual, we will try our best to spend time together without the kids, like tenguk wayang, (selalunyer tenguk wayang la). this time round, we watched 'Fast 5', and it was absolutely entertaining. I love that kind of movie, really had good time.. thanks to mr hubby.. :). u guys should watch this movie too.. fully recommended. :)



can't wait to watch the next one.. wehoooo.. F&F team, cepat skit keluarkan sambungan movie yang ni.. :D.. until then, mr hubby, next......????? (sambil angkat2 kening)..

Sunday, April 10, 2011

Me & d'weekend.. :)

Weekend is always not enuf for me.. :D, this weekend especially.. my mom came over to my house but only for 1 night, not enuf but jadi la orang kata.. brought her to mydin to buy something for me and for her too.. :) on Saturday.

And today plak, attend wedding at Kg Kerinchi, sangat-sangat penat!. Syabil plak sekrang, susah betul nak ajak keluar kalau dapat tenguk kartun favorite die tuh.. ada hati nak tinggal rumah okeh.. sorry la bang, mummy daddy keluar, means u have to be there too... there is no such thing u can stay at home (alone) especially.. giler ke aper mommy nak tinggalkan ko kat umah sorang2.. end up dengan muka masam, ikut jugak, tapi yg die plak jadi orang yang paling happy biler sampai sana. haih.. camtu la budak2 ni.. on the way home, die boleh plak tanyer, mommy... mana pantainye???? I was like... ha???? pantai ape plak ni bang?? daddy die pun blur, looked at me, I know that look, ask for explanation la tuh, kot mak die ni ada berjanji nak bawak ke pantai ke aper... then I remember, mesti die tadi terdengar our conversation and mentioned 'Kg Kerinchi adalah dekat dengan Pantai Dalam'.... aiyooo bang, ko ingt, kalau ada nama pantai jer, mesti ada laut dan pantai ek.... mentang la last week gi Pantai Remis dan ada pantai dan boleh main tak hengt.. hishhhh.. sabo je la budak ni ... well, abang, nanti InsyaAllah kalau tkde ape hal, kita gi makan seafood kat bagan lalang (which got Pantai, even it start dengan perkataan Bagan, bukan Pantai.. :) ) ok? kita makan ramai2 dengan aunty2 yg dirindui.. :),yeahhh, I can't wait.. (mak lagi hover uolss), harap2 every thing went well.. InsyaAllah..



Ok guys, good night.. :).

Saturday, April 9, 2011

Cranky lil girl...

Syasya nowadays sangat-sangat cranky sampai macam nak telan jer die... grrrrrrr... geram la sangat.. pantang ditegur skit, sure terus melalak yg sampai satu taman boleh dengar... tell me, camner mommy die ni tak tension.. haih, I dont really know how to handle her sometime, or maybe if we get a baby for her, then she can behave like a 5 years old girl. Tapi mak tak rase we are ready for another baby yet.. just wait n see je la bab2tuh, kalau ada rezeki, ada lah..


Minum susu before off to school.. kalau tak dapat ape yg die nakkkk, siap la menahan dengar suara die yg high note tuh.. :D

Sunday, April 3, 2011

A trip to Pantai Remis, seafood hunting.... :)

I loveeee Saturday (if a non-working saturday la kan), today, i woke up at 9am++.. hehehhehee, anak2 lagi awal bangun okey, ala, bile lagi boleh camtu, only on masa2 tertentu je la kan... actually dah bangun at 6++am tapi terasa cam awal lagik, continue sleep until 9++am... heaven.. ;).

Bangun2 jer, d'daddy terus ajak breakfast kat luar.. wahhhh, mak lagi excited, he said no cooking today, we gonna eat outside, for breakfast n for lunch..... yeahhhhh, bersinar2 mata dengar.. hahahahahhahaa, a good wife betui la kan..
Anyway, we had breakfast only at nearby 'mamak' restaurant. After done, we go back home and rest until Zohor.. around 2pm baru d'daddy ajak keluar for lunch plak.. ohhh, nak ajak makan ikan bakar rupenyer.. hurmmm, m ok with the idea, tapi jauh dow, sampai ke Pantai Remis tuh nak gi makan ikan bakar... dalam hati dah budget dah, sure mak lapar giler biler sampai sana... n it was right, gile tak lapar, kalau dah sampai sana at 3++pm... (hurmm after sesat larat) n finally managed to arrive there.. :). The best part, we have to wait some more sebab gerai tuh start ikan bakar at 4pm.. nice... we bought 2 set kites for lil Syabil n Syasya, n play around... best la pulak.. its quite sometime we didnt go to that kind of place, so, I just love it.. very very nice view and nice weather, panas sangat pun tak, dan redup sangat pun tak.. the kids had so much fun sampai takmo balik.. haih, ni la budak2 ni...

But, only 1 part jer me n mr hubby not satisfied, the 'food' at the gerai ikan bakar.. hurmmm its wayyyyyy out of my expectation.. not so nice,plak tuh, all the seafood boleh bakar jer, cannot ask them for different menu like we use to do at any other restaurant, frust tul la, luckily its quite cheap ( consider cheap la for seafood), we took 4 big prawns, 1 medium size siakap, 2 squids, 1 plate of cockles, 3 plate of rices, 1 nasi lemak(this one very tasty), 1 ABC, 1 ice lemon tea and 2 milo ice, cost us RM57 rasenyer.. consider cheap la tu kan.. but taste-wise, I only can give 2 over 5.. opss.. no picture this time cause my phone in ICU.. dah tak hidup more than 3 days if m not mistaken.. huh, takde budget lagi nak beli phone baru.. nasib baik i got one more phone n number (my office pack), if not, pity me.. :(.

So, memandangkan Mr Hubby n I not satisfied with the food there, we need to plan for the next trip, definitely to Bagan Lalang.. ok geng... lets make it happen... i want it so bad... :(

Monday, March 28, 2011

What a day la.. hishh..

This is not cool.... this morning while on my way to the office, 1 bottle of plain water, spilled over inside my beg... gosh.. can you guys imagine.. 1 whole bottle ok, I macam nak nangis, habis my purse, my organizer, my note pad, my buku 555, my beg especially basah lencun.. grrrrr... how come la I can be so careless... maybe I forgot to close the bottle nicely.. tension je kan..

Monday, March 21, 2011

Monday, office n I.. :)

Waktu sekrng baru jam 10pm, sambil layan the latest bf I kat TV tuh.. :), (Micheal Western aka Jeffrey Donovan yang macho).. :D, mata ni memang dah nak terlelap la plak. Hari ni hari yang tak busy, tapi biase la Isnin, balik kerja mesti letih giler, actually hari lain pun letih jugak, tapi normally Isnin extra la skit kan. Nasib baik boss dah holiday mood, rabu die dah nak bercuti ke US for nearly a month.. hurmmm, wonder macam mana keadaan kat office nanti when he n madam are not around. Lets wait n see.. :).

Opss, sebenar nya entry kali ni nak tunaikan hutang to my best buddy aka bff, Puan Y. dah lama dah janji nak letak gambar my current office to her.. Ok Cik Y, (cik la kan, sedap skit), ada 3 keping je la tapi..

Ok, ni view dari my work station.. :).


Ni plak keluar skit dari bilik..

Dan yg ini jugak.. :D


Amacam cik Y??? ok enggak.. kira boleh aaa kan.. memang pack office ni.. nasib baik my working station with my assistant manager, kami berdua jer.. dan agak privacy. :)

Baking n me. :)

I loveeeeeeeeeee baking n cooking but when i got mood to do it. :), so yesterday, I baked moist chocolate just to kill my time (actually sebab asyik hujan jer, dan tetiba teringin plak nak mkan cake, barang-barang pun ada, so, zass la buat), Ok, dan hasilnyer... tunjuk 1 slice cukup la kan.. ;).. yummylicious..



Hurmm, one sweet day, I should try to bake Red Velvet Cake la, resepi dah ada, mood jer takde lagi.. :)

Sunday, March 20, 2011

Weekend yang selalu dirasakan pendek.. ;)

Huh, kenapa bile weekend jer mesti cepat sangat masa berlalu.. kalau sabtu yang hari kerja lagiiii la, haih.. this is not cool. Maybe I should look for 5 days job even my current job is quite OK.. well, not very very OK kan.. :), tapi takpe la, syukurrr ada kerja..

Ok, I just finished seisi meng'iron' Syabil & Syasya's school uniform, fuhh, lega dapat siapkan stok baju untuk seminggu.. tadaaaa...


4 baju sekolah pagi, dan 4 pasang tuk sekolah petang.. dannnnn 2 pasang baju sekolah Syasya.. dan jugakkk my own baju untuk kerja esok.. :). jadi esok pagi takde la rushing sangat nak fikir pakai baju ape, tudung aper... jangan esok ubah fikiran sudah la kan. Selalu pepagi baruuu nak fikir what to wear, end up lambat keluar dari rumah. so, for tomorrow, I'm gonna wear this, dipadankan with black long skirt and blue shawl. :). perfect Monday ( harap2 la yer)...

(opss, sorry la gambar agak gelap, dah ambik pun dalam gelap.. :D, pakai plak tepon cikai, ini la hasilnyer)..


dan si princess sampai tertido tunggu mommy die habiskan iron baju.. Good night sweetie.. muahh.. and good night peeps...

Monday, February 7, 2011

The routine.

Last update was on January 26, hurmm.. lama gak tuh.. tapi still takde mood untuk selalu meng update blog ni.. tak tau la kenapa.. makin lama makin malas.. maybe sebab jadual seharian jugak kot.. Start my day at 6am, uruskan both Syabil n Syasya yang dah start sekolah, by 7am, MUST out from house, hantar abang dulu ke sekolah at section 20, then straight headed to section 19 plak tuk hantar Syasya kat rumah mama die, then baru leh gi keje.. if m lucky, KESAS clear, dan boleh sampai office before 8.30am, tp ada hari2 yang tak berapa nak lucky, ada gak lewat sampai 3,4 minit.. tapi paling lewat pernah sampai office, not more than 10 minutes la.. mak takut uolsss.. kalau lambat nanti, ada plak tak confirm-confirm.. :).

And then by 5.30pm or paling lewat 6.30pm I'll make sure dah keluar dari office, kalau tak, mau plak malam baru sampai rumah.. ambik both kids, terus balik rumah.. if I need to cook for dinner baru singgah mana2 tuk beli ape2 yang patut, or singgah mana2 to buy ready-to-eat food. So, sampai rumah mesti lebih kurang antara 7pm or latest 8.30pm. ohh, 8.30pm tu adalah sangat2 jarang ok.. then, gitu gini, suruh syabil buat homework or tenguk buku2 sekolah die, susun buku for next day of school, bagi anak2 makan, d;daddy pun nak gi keje, sedar2 dah kul 10pm, nak kena plak kerahan tenaga suruh anak2 tido... tapiiii kalau daddy ada kat rumah, mak sangat lega sebabbbbbbb the kids agak takut ngan daddy nyer.., cepat jer la diorang naik tido, tapiiii kalau takde mak ni asik menjerit je la... then, bila semua tu dah settle, baru ada peluang nak fb ker, ape ker..

Opss alamak, dah 12 lebih dah ker.. ohhh kena tido sekrang.. sekrang jugakkk... :(, ishkkk cepatnyer masa berlalu.. good night peeps..

Wednesday, January 26, 2011

Hello

Salam, lama jugak rasanye tak update blog ni.. asyik tak berkesempatan jer. Hurmm, I noticed sejak I work at new place ni dan ditambah Syabil dah masuk Standard 1, memangggggggggggggggg I dont have enuf time to do this n that.. haih, life is too busy.. :(. I need a break, itu baru nearly 1 month Syabil sekolah.. andddddd... banyak tahun lagi to go.. anyway, bak kata orang, life must go on. :)

Talking about Syabil, so far, he's doing great, tapi biasa la, nak biasakan bangun lebih awal, memang agak payah untuk die. Sama la dengan Syasya. Another challenging task for me. One time diorang ok, tak perlu nak kejut dah bangun dah, and one time, aiyooooo, so damn susah to wake them up. Tapi takpela, I was like that before. Masih segar dalam ingatan bila mak kejut tuk bangun mandi dan bersiap ke sekolah, haihh, punya la susah nak bangun.. :D, can't blame them la.

Oh, I got 1 photo of Syabil on his 2nd day at school.. :), sebagai kenangan..


Ok for now, will try to update more soon... :), good night..

Sunday, January 2, 2011

Happy New year 2011 everyone!

Let's Gather around & celebrate the dawn of sparking new year, may it bring gifts of joys, good health & surprises.

A New Year,
A New Challenge
A New Goal
A New Optimism
A New Approach
A New Mission

Wishing u guys a very 'HAPPY NEW YEAR'!

Sunday, December 26, 2010

Weekend..

Kalau weekend jer cepat sangat rasanyer masa berlalu. as usual hari Sabtu mesti la balik Section 19, melepak dengan family belah abang Zafran sekejap then pergi ke pasar malam. dan semalam pergi ke one of the book store nearby there to buy new books for Syabil n Syasya.. happy la dapat buku baru kan.. so, hari ni kerjenyer ngadap buku je la.. Syasya sekarang kalau dapat buku, kan main lagi..


dari rumah nenek lagi dah pantanggggg jumpa pencil color dan buku.. :). Good girl.



Dan hari ni, bangun jer dari tidur, tak sempat mandi lagi pun dahhhh cari buku nak color lagik.. hurmmm... pastu paksa2 orang plak ngadap die jer.. :D

Saturday, December 25, 2010

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

Wahh menarik betul tenguk iklan ni... Sale from Celcom, I am a new user for Celcom, actually have to sign up coz my new company's policy, we are entitled to get this plan, and company will pay back. If not, they don't want to cover your phone expenses. Huh! nak tak nak terpaksa la mak ambik, ikut hati memang takmo, tapi kalau dah asyik kena call boss, dan sms boss for his schedule la.. mcm2 la.. and sometimes kena call die cakap lama skit, mati mak kalau tak leh nak claim kan.. After think and think ambik je la.. tapi tak sangka plak banyak gak kelebihan Celcom ni, selain rate yang agak murah dari my current Telco company (well, i have to admit that even I dah pakai 10 tahun) dan banyakkkk lagik yang lain2.. haaa.. ni salah satu, SALES!.. saper tak suka sales kan.. so, buleh cekidout from the link yang di atas tu yer... :).

Selamat berhujung minggu semua.. :)

What a day..

Friday adalah hari yang ditunggu, as usual.. kalau dulu, biler sampai Friday jer, mesti update status kat facebook yg riang gumbira menyambut Friday.. Friday yang baru berlalu beberapa minit ni pun tertunggu2 gak, tapi not so happy sebab dapat selsema dan kawan2 baik die, sakit kepala dan sakit badan.. ni mesti nak demam! raser cam tak larat je nak gi keje tapi memandangkan kita ni belum confirm lagi, dan next week nak cuti plak, I dragged gak myself to work... dan sangat pandai menganbil sebiji ubat selsema sebelum off to work.. hasilnyerrrrrrrrrrrrrrr... mengantuk belum sempat sampai office pun lagik, dah la kete tak buleh nak bawak laju, ampunnnn laaa.. kena drive below 60km/jam! can u imagine, harusla double mengantuk, lucky la kereta tak banyak hari ni, maybe orang ramai dah bercuti hari ni.. hurmm.. bersiap sedia start next 2 weeks, sekolah dah bukakkkk.. sure la berebut2 lagi di KESAS tu.. Sampai je office was dizzy n sleepy like no body business, lucky la boss pi Penang, petang baru balik.. kalau tak, tak tau la... mau pelik orang tua tu.. :D.

And today, we had our lunch kat Restoran Daun Pisang kat USJ 1, Curry Richfield ke ape nama die.. I can't remember the full name, tapi ada la perkataan 'RICH' tu.. :D, the lunch was nice, tapi tekak ni tak berapa nak selera. telan je la. the best part, Mr Selva yang belanja.. nice (part yang tu je la)!

Esok nak buat ape plak ek???? hurmmmmm.. my house dah macam tongkang nak pecah dah ni.. nak kemas tak larat.. tapi kalau ada kekuatan nak kemas di esok hari tak tau la.. harap2 ada la.. tak larat gak tenguk rumah kalau bersepah.. Ohhh maybe esok gi melawat baby Hanis di KPJ, takde kesempatan lagi nak melawat.. Now, I better harvest my farm sebelum die kematian.. :D.

Nite peeps.. :)

Thursday, December 23, 2010

23.12.2001

Haa, tu tarikh keramat pernikahan kami 9 tahun yang lalu, tu pun setelah bertunang ada lah 1 tahun lebih.. :). Dah jodoh kami kan. Alhamdulillah, kekal sampai sekarang. Dalam hidup berumah tangga ni mana ada yang tak ada masalah, sila bgtau kalau ada, mesti ada turun naiknya kan.. salah seorang mesti kena sabar lebih sikit.. Frankly, m not the type yang buleh bersabar banyak la kan.. kalau sikit tu maybe buleh la. Syukur disaat kita takde kesabaran, Allah berikan kesabaran kepada pasangan kita. Jadi, dengan ini, diucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas kesabaran dan tolak ansur daddy yah.. really appreciated it. Semoga ikatan ni berkekalan hingga hujung nyawa kita.. aminnn.. :)

Actually tak ada ape pun yang menarik berlaku hari ni, we didn't celebrate ke ape ke. Memandangkan daddy kena keje malam ni, takpe la, yang penting ingatan tu. Semoga ada peluang tuk meluangkan masa yang berkualiti bersama nanti.

Wednesday, December 22, 2010

I am back!

Hi there,

Finally I am back... :), been missing to write something here. After 'huge' rombakan to my lovely blog, I'll make sure I'll update more often. Perhaps.. *sign*

Hurmm, lama tak menulis, tak tau nak mulakan dari mana.. Ok, lets talk about Syabil first, he is going to standard 1 soonnn.... wahh, dah besar anak mummy ni, cepat jer masa berlalu. Dah daftarkan Syabil ke Sekolah Section 20, harap2 semuanya berjalan dengan lancar.. on this coming 29th, will be his orientation day at his school, and mummy already applied leave to accompany him, daddy as well. Jangan daddy ubah fikiran takmo pergi sudah! hehehehehe..

And Syasya already started her kindergarten at 'Little Caliphs', semua nenek yang survey dan uruskan.. thanks mami. Dia nampaknya happy after a few weeks, mula-mula first week, risau jugak sebab die menangis when she tak nampak her cousin and her brother, but slowly she adapt. Syukur la, kalau tak, lagi la mummy risau.. hurmmm, big girl already kan.. ;).

Ohh, in few minutes time, our 9th wedding anniversary.. phew, time flies really fast. one more year, dah masuk 1 dekad. Dengan harapan semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa.. aminnn..

Thursday, June 10, 2010

Good info to share sesama muslim..:)

Wah hari ni rase nak update blog pulak.. dah lama tak berupdate.. hari ni baca2 email, clear kan mail box, terjumpe satu email yg memang baik untuk dikongsi... sebagai peringatan kita bersama.. :).

RE: Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, May 26, 2010

Syabil's sport day


The event on last Sunday, hasilnya 4 medals, good job dear, kira ok la tu kan. More pictures will upload when I got time to do it. ;-).