Thursday, July 30, 2009

A thursday night..


Syasya was not well since Wednesday night, prob. jangkit dari Syabil, so, after came back from work, we headed straight to clinic soraya at section 3, nasib baik temp. cuma 38d only. But she keep mention yg she's ok. Bila tanya adik demam tak? Laju je geleng kepala kata tak. Hehehe... cute sangat.

So, since dah lewat harus la makan terus kat luar kan. Malas nak fikir banyak makan kat chicken rice shop kat Shah Alam Mall je la.

Wah, got sales at Reject Shop la, but someone warn me earlier tak kasi pergi. Hehehe, but I managed to go sekejap. Tak puas hati lagi, will go back to RJ once I got time.

That's for now, good night peeps.. Enjoy ur friday night... ;-).

Tuesday, July 28, 2009

Baju raya..


Finally I managed to sent my baju raya to usual tailor. Nasib sempat lagi sebab ada gak dengar ada yang dah tak terima tempahan dah. Haih, puasa pun tak lg kan, baju raya dah prepare dah, kan main lagi. But not yet buy for d'daddy, Syabil & Syasya... hehehe, mummy memang selalu over dr yang lain. ;-). Will try to buy kurung's material for Syasya within this week.

Ok peeps, time to sleep, c ya t'row. Good night!...

Monday, July 27, 2009

Poor Syabil.

Dia demam start from Friday lagik, lepas balik dari rumah nenek dan mama die. terus muntah. Bawak gi clinic dan sepanjang malam baring je. Nasib baik takde plan nak kemana-mana on Saturday tuh. Tenguk la abang ni, bila dah makan ubat, camni la, asik nak tido je.



As of Sunday, dah aktif dah, nenek diorang lak buat family gathering, lagi la aktifnya melompat sana dan sini. Tapi lega la tenguk die dah ok. Kalau tak mesti kite yang risau kan.

Dan, papa pun dah bawak die gunting rambut, 'see... encem tak saya..:)'

Saturday, July 25, 2009

Kenangan Terindah..

Thanks to Eina for all the lovely pictures. This is our birthday party for Y if m not mistaken. Dan Eina adalah orang pertama yang I kenal masa kat Itm, Perak, so do Eyta, Y, Izad, Nonie, Ayu, Kak Shiba, Aini, Kak Moon/Kak Ila, Suhaila dan Aiza. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sampai akhir hayat. :).


Eina, me and Eyta in front of our room. :D.. Tak agak-agak berpossing tau.






Note : Y, perkenalan ngan ko yang paling kelakar, start dari tertukar tudung dan kena lecturer ngan kak OC, ur tag is ur life masa tu.. hahahahaa.. OMG, rindunya saat-saat manis kite kat Itm Perak kan. :)..

Wednesday, July 22, 2009

Eee si kenit ni..


Gigih ke tak Syasya bangun dari kul 6am pagi ni.


Adeh, pepagi lagi die dah jerit-jerit dari bawah nak Vitagen la, dan bukak tv tenguk kartun dan turun naik suruh tukarkan pampers semua.. Whuaaa.. mummy nak tidur la Syasya, nanti nak gi kerja.. Die dah start meragam dan nak bangun since 5.50 camtu.. asking for her milk, ingatkan lepas minum susu, die akan tidur balik, rupanya tak.. Nila bahananya kalau a night before she slept very early. Dah la mummy ni pun tidur at 1am semalam. :(. Jangan la mengantuk kat office hari ni..

Ok, need to go now, mandi dan bersiap tuk off to work lak. See ya..

Tuesday, July 21, 2009

Rindunya..

I really miss my old days... rindu masa mula-mula jejakkan kaki ke itm manjung dan kenal ramai kawan-kawan baik yg still remain as a good friends until now. Ermm... rindu pada petang yang indah jalan-jalan dan angin yg menyegarkan kat tepi pantai Lumut tuh. Rindu pada kain hitam yg selalu jadi teman setia keluar dari itm manjung tuk ke Setiawan or ke Lumut or balik ke kampung di Bota. Rindu nak tenguk wayang dengan tikus-tikus berkeliran di bawah kaki, citer yg paling ingat citer Erra ngan Awie, yg paling famous masa tu... Rindu pada rojak setiawan yg memang menambat selera dan budak cute bertahi lalat anak penjual rojak... mesti korang pun ingat lagi kan.

Bila awal bulan mesti melepak kat cafe abang Ajak (kalau tak silap nama abg tuh) makan mee hailam yang memang tak pernah dapat rasa sesedap itu sampai sekrang.. betul kan Y.. Rindunya... Kalau la leh pergi balik ke masa silam, I'll choose to go to that time, yg masa dengan Ina, Y, Eyta dan semua kawan-kawan kat bilik O2A. Bukannya masa lain tak best, tapi this is the best moment in my uni life.. ever. :).

Nanti nak cari balik gambar lama2 masa kat sana.. but I got one piece before we off to class. :).



Alamak, keciknya gambar.. anyway, thanks Eina untuk gambar ni. Ada lagi tak? email kat sal ek.. :).

Monday, July 20, 2009

My farm..

Wanna see my farm.. tapi semakin malas nak membajak dan menanam.. :D.

Sunday, July 19, 2009

A durian..

I am a big fan of durian, so last night, d'daddy let me buy it from pasar malam near my MIL's house.. yeeehaaa... sangat syiok ok..

Siap tak sabar nak balik rumah sebab sepanjang jalan dah terbayang-bayang durian yg kekuningan ituh. Kena lak semua orang tak makan, just me OK! hehehehee... how nice kan.


Ermmm. it was so good... :).

And Syasya pun nak try jugak, her very first time tried it..korang patut tenguk muke die, once rasa je, terkulat-kulat dengan muka pelik semacam.. hehehee...

terus tak datang dekat dah.

Saturday, July 18, 2009

Happy Birthday to Phang and Wahida.

Minggu lepas celebrated Wahida and Phang's birthday. Sangat meriah walaupun tak la ramai yg join. Kalau dah cukup geng 3S+1W mesti meriah punya... setakat gi lunch pun boleh meriah ni kan pulak makan-makan kat office... :D. Enjoy the pictures..






Wednesday, July 15, 2009

Hujan itu satu rahmat.. :).

Hari ni hujan sebelum gi kerja, dan cam biasa la kan, kalau hujan mesti la jem lagik... tapi takpe, I tak nak complaint ape-ape hari ni sebab hujan pepagi hari kan satu rahmat... eceh... hehehehee... since sampai pun tak lah lewat sangat kat opis pagi ni, tetap before 9am , jadi tak yah la bising-bising la kan...


Semalam lepas balik kerja sekeluarga gi Tesco lak beli barang keperluan harian terutamanya the kids punya barang la. Si abang sekrang bukan main lagik, tiap-tiap hari balik dari rumah mama die mesti nak mintak beli itu ini, Milo kotak la, transformer kat kedai minyak la.. haih... sampai kan mummy ni terpaksa menipu cenggini haa.. 'Abang, bos mami belum bagi duit lagi la kat mami' - ni bukan kedekut tapi kalau dah tetiap hari ada je yang dia request, tokeh balak pun boleh brangkrup Z ok.. So, semalam, masuk-masuk je kete terus dia die tanya soklan camni... 'Mami, ermm.. bos mami dah bagi duit ke tak, kat mami?' haa... ko, die ingat la pulak.. hehehehe... aiseh terpaksa menipu lagik.. 'belum la bang, ala, hari ni kita gi Tesco pas ambik daddy, so, tak yah beli Milo ok!.' hehehee.. selamat. Die ni senang je, sebut je nak gi Tesco mesti dia akan happy balik.. Ermm.. sayang abang tau!. Abang memang anak yang baik, walaupun kenkadang naikkan darah Mami tapi sekejap je die merajuk.. senang nak pujuk. Tapi jangan kalau Syasya, haru biru dibuatnya.. My mom selalu kata, yang perangai Syasya just like me masa kecik-kecik dulu. :).

Eh, nak lunch time la.. hari ni ada birthday celebration untuk salah sorang geng kat sini.. Anyway Wahida, happy birthday.. semoga panjang umur, murah rezeki n happy selalu. ;).

OK guys.. c yaa.. Nanti kita sambung kalau free ok! ;).

Tuesday, July 14, 2009

I love Shah Alam.. but..

Haiyak.. semalam bangun lewat about 7.15am yet still boleh sampai before 9am to the office, but today woke up at 6.40am, tapi disebabkan Uitm dah masuk balik student, grrrr... buat I lambat masuk office disebabkan jem.. haihh.. tau la budak-budak sekrang kaya walaupun student, dah ada kete sorang sebiji. Ini la cabarannya kalau rumah kat belakang university or tempat orang belajar-belajar ni. Tapi me and d'daddy sangat suke ooo duk Shah Alam, bukan ape, susah nak describe, korang meh pindah sini dan korang tau la betapa bestnya dok Shah Alam.. hehehehee...

Ini bukan apa, ni sebab bengang je la kan, hari ni keluar awal tapi still sampai lagi 2 minit ke pukul 9am. ceh... kalau ikut kiraan ni dah boleh sampai awal dah.. tapi sebab ada halangan & banyak pemboleh ubah jadi keputusan die dah lari sikit.. Ok ok.. enuf say la bout that. Hari ni as usual, keje kat sini mana pernah takde keje kan.. kerja kat mana-mana pun sama jugak.. tul tak kawan-kawan?... pendek kata never ending stories la keje ni. Tapi hari ni tak kira, I wanna take my own sweet time (walaupun masa kerja) to update my blog.. hehehehee.... takpe, bos gerenti tak baca blog I ni ok.

Oh ya, welcome to my bro yang dah start with his new blog.. :). Will add yours to mine.

Sunday, July 12, 2009

Weekend yang membosankan..

Ermm... hari ni dah masuk hari Ahad, dari hari Sabtu sangat la membosankan. Nak keluar pun malas tapi duk rumah pun buhsan jugak.. Dan patutnya kalau dah buhsan kat rumah mesti la boleh update blog dan buat kerja-kerja rumah kan, tapi tak jugak la... semuanya takde mood nak buat.. hhahahahaa.. dasyat ke tidak mood weekend ni.

Nasib baik petang ni d'daddy diorang dah balik dah dari PD.. yess, die pergi PD ngan kengkawan die tinggalkan kami anak-beranak... sob..sob.. :(.. sedih aa jugak kan, tapi sebab dah janji nak bagi die pergi have fun sekali sekala ngan kengkawan.. jadi ok je la.. terpaksa redha. Hakikat, kite kat rumah camni la.. Tapi takpe gak, there will be my turn later.. hahahahahaa... nanti la, sesi balas dendam ok!. Must plan.. plan.. tapi takde plan lagi la nak kemana. So, kengkwan, any plan for my 'me' time.. sangat-sangat di alu-alukan.. tapi kalau g sorang pun best ke? ermm.. end up nanti bawak semua orang jugak la kan. Ooooo maybe I can go for spa ke kan... ermm.. ok, nanti nak gi survey tempat spa yang best-best la kalau camni..

Rasanya dah lama dapur rumah ni tak berasap, rasanya last sekali masak rendang udang sebab dah teringin sangat, mana nak cari rendang udang jual kat mana-mana kan, terpaksa la masak sendiri... meh nak attached gambar sikit.. :).. untuk tatapan korang yer.. especially Eina...

nampak sedap kan.. rasanya pun leh tahan la tuk tekak I ni.. hehehee.. walaupun tak sehebat my mom masak. Itu memang takde tandingan. Oh mak, rindunya nak balik kampung. Kalau balik kampung mesti mak akan masakkan ape-ape rendang dan gulai asam tempoyak, perghh sedapnya!!... :(. Tetiba terbayang kampung halaman.. D'daddy bile kite lah balik kampung ni daddy.. Dah la raya nanti kena raya kat sini.. :(.. ishk.. ishk... raya kt Shah Alam ni tak best lansung.. Ops.. bukan sebab kena beraya dengan PIL tapi sebab Shah Alam takde orang.. dan sebab mak pun takde kat sini, Kak Jat pun takde.. whuaaa.. tak reti la nak beraya tanpa diorang ni... eh.. belum puasa dah citer pasal raya lak kan.. korang perasan tak I tak pernah menulis camni.. selama ni dok simpan je dlm hati benda-benda camni, tapi kan, rasanya dah tiba masanya nak ada tempat untuk luahkan. And I rasa sangat lega sekarang.. :).

Thanks to my dearest blog sebab sudi mendengar.

OK la, nak kena masakkan something tuk anak-anak la pulak.. c ya...


Note ; Boleh tak nak esok hari Ahad lagik!!.. tak nak gi keje la...

Monday, July 6, 2009

What a day..

I was damn tired and Syasya buat hal lagi.. Haih.. memang tak dapat dah nak bersabar lagi.. Dari semalam lagi. She was wearing her new dress that I bought the other day, tetiba die leh lak terjumpe coklat kat dlm peti, dan ape lagi, 2 biji coklat FR dikerjakan nya, end up, penuh kat baju baru die... waaa... i macam nak jerit jer, tapi masih boleh bersabar lagi... kemudian tumpah kan air nescafe ice kat atas carpet lak.

And today, after balik kerja while having her dinner, Syasya tumpahkan one jug of Milo ice. Wahh... ape lagi la kan.. memang la kan.. harap2 takde setaman la dengar bebelan mummy die ni.. :(. Dah la letih, die lak buat hal. Dan daddy lak dah gi kerja. Haihh... I cant be like him, kenkadang daddy diorang sangat la bersabar ngan kerenah anak-anak. I know somehow, Syasya mungkin nak bermanja ngan kite dan buat benda-benda camni secara sengaja atau tidak sambil nak tarik perhatian kite, tapi sebab letih kenkadang tak perasan lak. M bit regret bila dah lepas marah, tapi by now, memang still marah lagi kat die tau. Dan dengan baju kurung keje mop satu rumah.

Yeah.. I need a break. Kit Kat please...

Sunday, July 5, 2009

Bila dah malas sangat...

Ok, buat masa sekrang ni, memang malas sangat nak update blog. Plus lak asyik busy je kan. Maka hari ni, dengan sedaya upaya update la jugak sikit-sikit blog ni.

Semalam patutnya tak keje tapi atas permintaan my x-bos, gagahkan diri la jugak gi buat part time kat opis die sebab ada tender nak tutup. Tapi berbaloi ape, I got hundred bucks untuk typekan BQ yg mengambil masa dari 10 am to 2 pm, diselang selikan menggedik kat deprtment orang lain dan mengacau orang lain kerja dannnn makan nasi lemak free for breakfast... :D. Bahagia sangat la kan..