Saturday, May 30, 2009

Pssstt..

Korang, tau tak ada contest kat IKEA punya website dari 28th May until 17th June. M on it... Please...please vote for me. Hahahahaa, my second room, where the place that I put all my clothes.. di ulang suara, my clothes only ok. Its damn messy. So, since tak kemas lagi, saje la try masuk contest ni... Sila la vote for me ya... Korang nak masuk pun boleh jugak..
Sila pergi kat sini ye..

http://www.ikea.com.my/store-theme/2009/storage/index.aspx?s=pop,contest

Click kat All Gallery and find my name Sallmah Baki, tapi korang jangan pengsan lak sebab my room tuh memang gila b*bi punya messy ok.. Malu sebenarnya nak letak tapi sebab gila kat barang IKEA punya pasal, tak kira la kan... Kat bawah sekali blog ni Sall dah letak iklan nya ek..

So, kalau korang lak nak masuk, daftar semua dulu, pastu upload la gambar kat mana yang korang rasa layak tuk di make over kan. Haa.. pastu panggil orang sekampung semua vote untuk korang. Mana tau leh menang RM2,000 voucher. :).

Good Luck semua. And don't forget to vote for me!

Sayang korang.


Note : Sila scroll ke bawah sikit untuk new entry, this one will be here for a few days. TQ.

Thursday, May 28, 2009

Update sikit..

Ish.. I should sleep by now tapi cam tak best lak tenguk blog lama tak update. Ntah kenapa lately ni memang malas gila nak update blog ni, log in dan log out dah beberapa kali tapi masih tak ter 'update'.

Lagipun mood tak berapa nak bagus lately ni. Pergi kerja dan balik kerja, balik rumah layan anak-anak yang macam2 hal lagi kan, penat sangat rasanya. Nasib baik d'daddy on night shift jadi takde la busy nak memasak. Kalau untuk makanan me and the kids, I prefer to buy je sebab tak berbaloi lak nak masak. Budak-budak ni bukan makan banyak sangat pun. Dan ada pulak hari-hari die mintak belikan nasi goreng kampung. Ermm.. nasib baik sodap, layan kan aje la. :).

Its getting late, rasanya nak masuk tido dah la, mata pun dah ngantuk. kalau letak kepala kat bantal ni, confirm terus jalan. Hehehehee.. ok, gud nite peeps.. C ya....

:).

Sunday, May 24, 2009

A lazy Sunday.



M just finished baking my chocolate chip muffin dengan jayanya. :). See the result, ni yang tinggal setelah di belasah by the 2 lil monsters. I know, I know, tak lawa, hahahaa.. takpela kan, buat pun tuk budak berdua ni. Rushing pun ya jugak, sebab nak buat kecik-kecik so that easy for them to eat. Kalau buat besar-besar, kang tak makan habis lak satu muffin, kan membazir. And bila buat comel-comel ni, they become more excited to eat. :D.

A busy Saturday.

My Saturday was very packed la. Mula-mula pagi ada report card's day at abang's school, ermm... so far ok la performance die at school, teacher dia kata, dah start interested to learn more and more. Lega sikit dengar. Dan dah banyak la juga doa-doa yang dia dah boleh baca. Alhamdulillah, Al-Fatihah pun dah boleh baca, tapi biasa la kan, pelat tu still ada lagi. And no picture sebab sebuk nak kejar Syasya je. Pergi pulak ngan Ida je, ngan nak tolong tengukkan baby die yang bukan main lincah dan tak reti diam lagi tu.

Then after that, we just jalan-jalan kat Ole-ole sebab nak cari kasut sukan abang, cikgu dah pesan dah, start next week kena pakai kasut sukan gi sekolah, dah nak start praktis dah untuk sukan on 23th ni. Luckily we managed to find a pair of shoes for him. So, tak yah nak cari tempat lain lagi. End up I bought 2 pairs tuk Irfan, si cousin nya tu la, mana die boleh kalau tak dapat jugak. Sampaikan hari tuh neneknya beli dress untuk Syasya dan si twin pun die nak jugak. Kelakar betul.

After finished with all that, hantar Ida straight to her house and balik rumah ambik d'daddy untuk pergi rumah kawan die pulak. Jemputan housewarming, harus la kena pergi kan. Ni kawan die masa MRSM dulu, dan dah janji ngan lagi satu family kawan d'daddy masa MRSM jugak. We three, become a good friends, sejak balik dari re-union hubby in 2003 if m not mistaken. They bought a house kat area Bukit Kemuning, memang besar dan cantik. Congratulations Liza and Shahnaz.

Ni area rumah dia. Cantik kan. A semi-D house, cost them half a million. :).


The food was delicious too.. sorry no picture for the food sebab busy makan.. hehehee.
So, lepas makan kenyang-kengang semua, she invite us to sightseeing her bedroom, kitchen, memang besar dan cantik. Paling I suka, the washroom. Hahahaaa.. biasa la kan. Open concept , very sexy I tell you.
Me and Liza (owner of the house).


Kak Mas and Liza.


Ok, can't wait to see both of them on 27th lak, this time round at Kak Mas's house. Hope I can make it.

Tapi lepas balik dari Bukit Kemuning, ada berita sedih pulak, one of my MIL's neighbor who was admitted before, just passed away. Sangat la terkejut, ye la, sebab rumah die betul-betul sebelah rumah my brother in law, every time ambik abang mesti selalu lepak sambil chit chat kejap ngan die. She still young, 41 years old, kesian sangat ngan anak-anak die yang masih kecik. Arwah baru je disahkan ada cancer kat rahim setelah asyik sakit perut je, 5 days lepas operation, arwah dikejarkan ke ICU sebab pitam dan muntah-muntah. Takut betul dengarnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

End up, keluar balik gi rumah MIL dari lepas Asar, sampai la around 10pm. Letih sangat rasanya.

Friday, May 22, 2009

Tag Tugasan Harian.

Saya telah di'tagged' oleh mama_tisya. So, meh la kite jawab ek..


1) Bila terakhir anda cuci toilet?

Alamak, rasa cam minggu lepas kot. :D.

2) Pencuci apa yg anda guna?

Cif, betui kot ejaan die ni..

3) Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?

Ikut mood dan keadaan lantai tuh, Eh, tak larat mak nak mop je tau.

4) Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?

Ermm... angkat kain kat jemuran atau siram pokok bunga kat luar.

5) Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?

Telur dadar tuk budak2, dan kalau masak sendiri, sambal sotong/udang pedas ke untuk d'daddy.

6) Minuman selalu anda buat waktu pagi?

Nescafe tuk d'daddy (kalau stok nescafe dia dlm peti dah habis je ye)

7) Sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?

Memang wajib solat Isyak pastu terus tidur.

8) Harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?

M not gonna tag sape2. Tapi sape-dape yang nak buat, silakan. ;).

Wednesday, May 20, 2009

Muffin for Syabil.

Hari ni sekolah Syabil mengadakan sambutan hari guru.. so, die pun sebuk la suruh mummy nya yang dah dapat penyakit malas ni buat kek or apa saje yang mcm cake, tuk cikgu die.. heheheee, so, untuk tak menghampakan abang, I baked muffin je la kan.. ni dia, dah beli barang2 semua semalam kat Bagus masa lunch, nak buat yang comel-comel la konon...


My little chef yang seksi meksi on duty..


End up sebab dah ngantuk gile, gini la jadinya.. hahahahaa. Kira comel jugak la kan. Ni muffin blueberry, taste wise, kira boleh telan je aaa kan, takpe, since nak bagi budak-budak 5,6 tahun je nak makan kan.. jangan sakit perut anak orang kat tadika tu sudah. :D.


Yang besar kat atas tuh untuk kakak2 kat office yang telah meng 'under estimated' me. Siap tak percaya I ni boleh masak dan baked cake, ni dah lebih ni.. sebagai bukti kena la bawak sikit kat office.. :D. Tapi kalau tak sedap tu sorry la ek.. ;).

Tapi takpe yang penting, Syasya suka sangat makan muffin ala cup cake ni, maybe sebab small dan cute, tenguk la ni.. makan sambil tenguk kartun walaupun jam dah menunjukkan hampir 11 malam.

Abang dah tak larat sangat tu, tapi tak nak naik tidur selagi mummy nya tak naik. Selamat la die, sebab daddy dah selamat tidur, kalau tak jangan harap, at this hour leh melepak tenguk kartun.. :D.

Tuesday, May 19, 2009

LIhatla dunia..

Eh..eh dah 3 hari tak update blog rupenya. Biasa la kalau dah hari kerja sebuk bekerja, hari cuti sebuk uruskan anak2 lak.

Pagi tadi sebelum gi kerja sambil siram2 pokok baru perasan yang pokok cili yang my mom bagi masa balik kampung hari tuh dah berbuah la.. wah, nampak segar sangat dan geram betul tenguk. Ada orang tu siap tak percaya pokok cili ni akan hidup segar camni dan berbuah.. hehehehehee, so, look at it la dear. Nanti kita masak sayur guna cili ni ye. ;). And must show it to MIL gak, die pun ala-ala ingat pokok cili akan mati.. hahahahaa.. cam nak bagitau setaman lak kan pokok cili pertama yang hidup. tu pun mak bagi pokoknya dah besar dah pun.

Tu baru pokok cili tuh, satu dunia nak bgtau. Kalau tanam pokok durian ni, mau 7 keturunan tak habis cerita. :D.

Saturday, May 16, 2009

Let's cook..

Tajuk macam nak letak resepi je kan, tak agak2 punya, tapi sebenarnya nak bagitau yang my cooking mood is backkkk!!!.. ehehehehehee.. ye ke, tapi yang pasti, since yesterday, dapur dah mula berasap balik.. (setelah asyik diperli oleh suami terchenta).. ;).

Ni dinner on Friday night..
Sayur kacang panjang wt petai, fishball dan sotong.


Sotong pedas dan telur dadar (telur dadar tak yah gambar la ek), korang imagine sendiri.. mesti tau camne rupa kan.. kan..


And last night's dinner, nasi goreng kampung. Ermm...


Pastu dessert nya, ni haaa,... beli je tau... Big Apple's donuts. Durian flavor dah habis, tension betul.

But right now, m craving for this.....

Ish.. kalau la Sunway Piramid tepi2 rumah ni je kan best.. :(.

Oh ya, today I cook udang masak lemak cili api for lunch. Tapi as for now, belum lunch lagi.. hehehehehee..


Selamat berhujung minggu semua!!..
(Have a nice weekend);).

Friday, May 15, 2009

It's Friday again..

I was on mc yesterday but I didn't get full rest as we (with d'daddy) went out to settle a few things. Actually pagi tu dah gi kerja sekerat jalan dah sebenarnya, hehehehee.. tapi lepas letak abang at his school I got feeling that I don't want to go to work. So, terus gi clinik at Section 3... after waiting for an hour dan sempat berkenalan ngan pesakit lain sambil tertukar2 number telephone baru la dapat my turn. Geleng kepala je hubby dengar, kat clinic pun sempat gi berkenalan ngan orang lain.. hahahaha.. ok, kakak tuh very peramah tau. Memang syok sembang ngan die, tak habis cerita so, die pun mintak la my number.. :D. Nice meeting u sis.. Nanti2 when I free, I'll call you, ok. ;).

Doctor advised supaya I jangan pregnant lagi.. haih...she advised me to take 'Yasmine', betul ke ejaan ni... so, kawan2 leh tak advice any pil perancang selain dari ni yang tak menggemukkan.. yang korang dah guna la kan. Bukan ape, my body ni cepat naik tapi nak turun tuh, adeh la, faham2 je la kan.... hehehehe..

Lepas tu terus balik rumah dan makan breakfast share ngan d'daddy, tidur jap sampai tengah hari, keluar berdua ke MBSA.


So, after settle kat MBSA, terus lunch dan gi jalan2 kat Ole-ole Section 18 Shah Alam, lama betul tak gi sini ni.. dah banyak gak perubahan. Actually d'daddy nak gi cuci dan gunting rambut kat favorite salun dia la. Layankan je la, sambil tunggu die sudah, berjam ok, kalah pompuan, apalagik, cuci mata la.. end up terbeli blouse yang comel bangat.. Nanti Isnin boleh pakai gi kerja.. :D. Mesti nak beli baju every week, mati la kan, nak simpan duit camne ni. Kalau tak beli baju, tudung la, last week dah beli 2 tudung dan 1 belt, yang memang tak leh nak tolak dah keinginan yang meluap2.. hahahha... memacam alasan kan.. Ok, no more shopping until my pay day. Ok. To make it happen, lunch kena tapu or makan kat area2 sini je, dan balik terus balik rumah, jangan nak meyimpang-nyimpang dah. ;). Boleh ke ni????


(Sure ada orang mengamuk tenguk gambar ni, hahahahaaaa... jgn marah ek daddy...,)

Syokkan... esok dah Saturday.. yehaaaaa.. i wish everyday is Saturday.. hahahahahhaaa.. jgn jadi macam saya ye kawan2. ;).

Note : Balik rumah nanti baru letak gambar ek.. cam tak best la takde gambar ni.

Tuesday, May 12, 2009

Oh.. my..

Dear blog..

I got time to blog tapi saje je malas nak update. Boss not around for 2 days, and we took the opportunity bermalas-malasan di office, dengan kerja yang menimbun.. hehehehehe... And my 2 days honeymoon-ing adalah sangat cepat berlalu.. cis.. betul2 tak best tau. :(.

Yesterday we had Nando's delivery for lunch (paid by Ms Lam), thank you Lam darling. And today Sallina and I ordered Mcd for lunch, Big Mac lagi.. Adeh, habis la camni, is this what we call diet ke? hehehehehheee... sangat2 bahaya ni. I just told Sallina if we continue doing this every month, less than 3 months, my hubby pun dah tak kenal I lagi kot.. hahahhahahaaaa..

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day..

Only One Mother

Hundreds of stars in the pretty sky,
Hundreds of shells on the shore together,
Hundreds of birds that go singing by,
Hundreds of lambs in the sunny weather.
Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the world wide over.

To all mothers out there, and all beloved friends,

'HAPPY MOTHER'S DAY'

;).

Friday, May 8, 2009

Today's lunch.


This is our lunch for today, pizza and mushroom soup n bread sticks, yummie... Cepat la kul 1pm, dah tak tahan bau pizza ni weh. ;-).

Anyone care to join, meh la sini. I dont mind to share with u guys. :-).

Thursday, May 7, 2009

Our dinner.


I'm still in lazy mood to cook. Dont ask bila mood rajin tu nak datang balik ye.

So, sebelum sampai rumah, call him first sambil kepala otak dok memerah idea, how to ask him out for dinner, tapi tak terkeluar ayat yg sesuai. End up, I just told d'daddy, ok, m on my way back. :-(.

Sampai je rumah, masuk2 je I terus ckp, ok, dinner is on me (sanggup offer belanja, malas punya pasal), please decide what to eat, delivery Nando's (his fav) or at Restaurant SERAI, yg recently keluar kat jalan2 cari makan. Last2 he choose Nando. Erm.. Okla, good jugak, selamat duit mak. Hehehe...

Wednesday, May 6, 2009

Rajinnya ;).


(Updated via mobile)

Ehem ehem, rasa2nya boleh dapat masuk bertanding anugerah 'Best husband of the year' tak... :-P. Hehehe...


Rajin oo sampai berkilat lantai tu. Thank u la daddy ye, lain kali bawak la rajin-rajin camni lagi. Tak yah upah orang lain buat dah. Boleh ke? :-*..

Monday, May 4, 2009

Aktiviti di kampung.

We just spent one night je kat kampung sebab En Zafran nak keje on Sunday. Aiseh, ok la tu kan, at least balik gak walaupun sekejap tapi memang la tak puas balik kampung kali ni. Wish we can go melepak kat Lumut, but due to tak cukup masa, tak dapat nak gi. Emak pun tak sehat, sebab sakit mata, kesian lak kat opah diorang. Ermm.. hope next trip balik kampung boleh la gi sana or terus naik feri ke Pangkor ke kan.

Korang pernah tenguk biawak tak? mesti la pernah kan, ni my kids yang jakun tak pernah tenguk biawak, ada kereta dah terlanggar biawak yang sangat besar ni... sian die, dah injured sikit. So, we stop by untuk tunjuk kat the kids.


Sejak sampai kampung, ini budak 2 orang memang tak reti duk diam, ade je benda nak main, kena lak ada orang nak layankan..

Syasya dan Syabil yang kepenatan on the next day, tidur pun kena paksa ngan daddy, kalau tak ada yang tak tidur sampai nak balik Shah Alam.


Pets terbaru mak kat kampung.. hehehehe, actually ayam ni bela dari sekarang untuk hari raya nanti.. (ni my brother punya kerja la ni, yang suruh mak bela). Katanya nanti raya kita sembelih semua.. Oh, harap boleh la tahan sampai raya, sebab ada ura-ura nak buat rendang tiap-tiap bulan sampai kak ipar expert buat rendang cam emak.. lol.. :D.



Syasya ngan opah. Ini princess kalau dukung je, takpe la, ngan semua orang pun die tak kisah tau. tapi tak lama la, unless ada benda2 menarik perhatian die.


Budak yang paling nakal kat kampung, ayam dan itik pun boleh surrender ngan die.. hahahahaa.. kena paksa makan dedak by him, every one hour camtu. Ater, ayam pun letih nak layan die, apetah lagi opahnya yang tak sihat sangat tu.. :D. Kalau hilang je, sila jenguk kat area reban ayam, sure budak ni ada kat situ.


Syasya met new gf, Syamena kat kampung. Kan die suka baby, so, memang takde masalah tuk buat kawan.

And I did ask him pasal adik2 ni kan;
Mummy : Bang, nak adik lagi tak yang macam Syasya..
Abang : Nak.. yang macam Syasya ke mummy.. Abang nak Syasya je..
Mummy : Ye la yang macam Syasya la.. tapi tenguk la camne, boy ke girl ke..
Abang : Eh, tak nak la mummy.. abang nak Syasya je. tak nak adik lain.

Hahahahhaa.. budak ni faham ke konsep nak ber'adik' ni. Ape-ape je la bang, kalau ada rezeki adala nanti.

Masa ni nak balik dah.


Singgah kejap beli buah tangan kat Pekan Bidor untuk mummy dan abah. Kebanyakan gerai buah dah habis, tinggal ni je, so, kami cuma beli 3 paket jambu air yang memang best dan penyicah yang memang pedas dan sedap.


Waa penatnya... next day, Sunday dah ada plan lain lak, nak gi beli pasu bunga sebab ada ambik pokok bunga mak sikit. Dan nak berkunjung ke car boot sales kat Stadium Shah Alam.

Balik kampung..

Ermm.. acara yang ditunggu dari bulan lepas lagi ni. Hehehehhe, since dah lama jugak tak balik kampung, sebab tu la excited lebih sikit kan.

Kononnya nak balik pagi la kan, tapi pagi kami tu kul 10 am gitu la.. hehehee, end up kul 11 lebih baru keluar rumah. Plan lunch kat luar terus, jadi we decided to go lunch kat Chicken Rice Shop je. Senang, malas dah nak fikir.

Muka2 happy nak balik kampung.. *bukan lakonan semata-mata tau* Hehehehhehee.. gedik betul si Syasya ni tau. Baju ni hadiah dari nenek, kena bgtau gak ni sebab nak say thank you kat nenek for the lovely dress. Jadi perangai si kenit pun jadi ala-ala princess gak la kan. :D.


Sedang tunggu makanan sampai.. nampak tak muka daddy dan abang yang tengah tak sabar nak makan..


Lambat la makanan ni sampai, so, kita tolong susun sudu la ek,.. rajin je kalau kat kedai or rumah orang anak dara ni tau, cuba kalau kat rumah, ermmm.. kalau tak maknya ni jugak nak kena buat semua tuk die, sampai botol susu pun main baling je kalau takde mood.


Thumbs up to Syabil kalau bab makan his favorite dish. Mesti nak Chicky Meal punya. Good boy la anak mummy. :).


And lepas makan terus masuk kereta dan balik Bota.. Syasya lak masuk je kete terus lena. Almaklumlah, perut dah kenyang, kena lak angin2 sepoi2 bahasa dari air-condition kete, wah.. just nice to doze off. Same to me.:). Sorry la daddy kena drive sorang2 ngan perut kenyang gak. Syabil kat belakang pun kan main nyenyak lagi tidur.



*yang ni lakonan semata-mata dari abang* :D. Tapi terus tertido lepas tu.

Jalan memang jem dari masuk hi-way sampai la keluar hi-way balik kat Bidor.
Dan alhamudlillah kami selamat sampai kat kampung dalam kul 4pm.

OK, last sekali gambar gedik Syasya mengisi masa nak sampai kampung. :). Gedik betul la weii..

Sunday, May 3, 2009

Minggu yang malas.

Minggu-minggu lepas adalah minggu yang malas untuk memasak. So, memang makan kat luar or tapau je. Last Thursday dinner kat Ani Sup Utara lagi.. :). Sebab hubby kurang sihat, die selera makan sup je.

Set sup ayam..


Dan otak-otak yang dah tak sepedas dulu.


Bila ek nak datang mood rajin nak masak balik ni. Memang betul-betul takde mood ni nak masak tau.